Wartawan penyiaran menggayakan mikrofon seolah-olah sedang meniup alat muzik seruling menjadi perhatian ramai

0

Aksi seorang wartawan penyiaran yang tidak menyedari kelakuannya menggayakan mikrofon seolah-olah sedang meniup alat muzik seruling menjadi perhatian ramai di platform media sosial.

Video yang berdurasi 0.09 saat ini telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter, @brgsjks, memaparkan wartawan yang sedang bersiaran secara langsung dari Pontian Johor seakan tidak menyedari rakaman telah mula ke udara di kaca televisyen dan menjadi tontonan ramai.

Setelah video berkenaan viral dan hangat diperkatakan, seorang warga Twitter telah ‘tagged’ video berkenaan kepada pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang kini sedang aktif mengacara program televisyen agar tidak melakukan kesilapan yang sama dan menjadi viral sebagaimana yang berlaku kepada wartawan terbabit.

Video pendek itu telah menarik perhatian lebih 290,000 jumlah tontonan, hampir 20,000 telah diulang kicau dan 15,900 tanda suka.

Nampaknya pihak berkaitan perlu berhati-hati kerana setiap tingkah laku akan menjadi perhatian warganet yang sememangnya pantas mengesan kesilapan yang berlaku.

Leave a Reply