Wartawan Berita Harian pertama memenangi Anugerah Kajai, Hambali Abdul Latiff meninggal dunia

0

Awal pagi ini, dikhabarkan satu berita sedih berkaitan pemergian bekas wartawan Berita Harian (BH), Hambali Abdul Latiff.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 pagi, berita ini turut disampaikan oleh anaknya Irfan Rafiqin menerusi entri story di media sosial.

Pemenang Anugerah Kajai 1983 disahkan menghidap penyakit jantung dan komplikasi buah pinggang dan meninggal dunia di kediamannya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim pada jam 10.45 pagi tadi.

Pada 1983, Hambali mencipta sejarah apabila menjadi wartawan Berita Harian pertama memenangi Anugerah Kajai dengan laporan berjudul ‘Meninjau Kehidupan dan Masalah Pekan Koboi di Rengit’.

Anugerah Kajai ialah anugerah tertinggi dalam senarai anugerah tahunan Institut Akhbar Malaysia (IAM).

Kami dari team The Malaya Post mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Hambali Latiff.

Didoakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.

Leave a Reply