WARISAN sangkal berita 4 Ahli Parlimennya bakal keluar parti

0

WARISAN hari ini menyangkal laporan berita disiarkan akhbar Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen WARISAN bakal keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.

Menurut Setiausaha Agong Parti WARISAN SABAH, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post, perkara berkataan tidak benar sama sekali.

“Ini hanyalah permainan persepsi Kerajaan Perikatan Nasional kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus”, kata Datuk Loretto kepada The Malaya Post.

Tambah Datuk Loretto, permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN.

“Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat.

“Saya secara peribadi selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal”, katanya.

Leave a Reply