Warga Malaysia yang terkandas di India diminta kekal tenang, Wisma Putra akan terus membantu – Menteri Luar Negeri

0

Berhubung isu rakyat Malaysia yang masih lagi terkandas di India, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah mengeluarkan satu kenyataan baharu di laman Facebook beliau.

Menurutnya permasalahan warga Malaysia terkandas dan sulit mendapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan kerajaan India berkaitan wabak COVID-19 dalam makluman beliau.

Berkenaan perkongsian video yang tular di laman media sosial menunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India menyatakan kesulitan yang berlaku berpunca keputusan kerajaan Malaysia, beliau menegaskan ianya adalah tidak benar sama sekali.

“Di bawah #PerintahKawalanPergerakan, sememangnya rakyat Malaysia dibenar pulang ke tanah air namun mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari selepas pulang,” ujar beliau.

Beliau berharap mereka yang terkandas bertenang kerana ianya luar bidang kuasa beliau kerana perlu bergantung kepada budi bicara kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat untuk pulang namun Wisma Putra akan terus membantu sebaik mungkin.

Wisma Putra juga telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di sana dan Taskforce COVID-19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia.

Di samping itu, kepimpinan tertinggi Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah menghubungi beliau dan berikrar untuk bantu secara langsung.

Dalam pada itu, hasil usaha perwakilan dan Wisma Putra, dua rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives telah selamat berlepas dan mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Syabas Wisma Putra kerana sentiasa cakna akan permasalahan rakyat Malaysia walau dalam kelompok kecil.

Semoga usaha keras Menteri dan Timbalan Menteri Luar Negeri bersama warga kerja Wisma Putra akan terus beroleh kejayaan.

Semoga Allah SWT melindungi dan permudahkan urusan kalian. 🙏🏻

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply