Warga Malaysia dari Arab Saudi dan Pakistan selamat tiba di tanah air

0

Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia yang terkandas di dua buah negara iaitu Arab Saudi dan Pakistan telah selamat sampai ke tanah air.

Kira-kira 80 warga Malaysia berada di Arab Saudi dan kira-kira 120 orang di Pakistan berjaya dibawa pulang dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui kerjasama dari kerajaan negara-negara yang terlibat.

Manakala rakyat yang masih terkandas di India seramai 81 orang dijangka akan tiba di Malaysia 14 April ini.

Selain itu, rakyat Malaysia yang masih berada di Turki seramai 352 orang pula difahamkan, Kementerian Luar kini sedang dalam usaha untuk membawa mereka pulang secepat mungkin.

Kira-kira 355 rakyat di Algeria dan Tunisia, Afrika juga akan menyusul diterbangkan ke Malaysia dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Japan Oil Corporation.

Pasukan Petindak Kecemasan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi telah berjaya memudahcara urusan membawa…

Dikirim oleh Wisma Putra pada Jumat, 10 April 2020

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan telah memudahcara urusan membawa pulang 120 orang rakyat Malaysia…

Dikirim oleh Wisma Putra pada Jumat, 10 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply