Warga asing turut direman dan dihadapkan ke mahkamah jika ingkar PKP

0

Rakyat Malaysia atau warganegara asing akan dikenakan tindakan yang sama jika melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam sidang media harian COVID-19, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah atau permit kerja yang ingkar PKP tidak terkecuali akan ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Manakala bagi warga asing yang tiada dokumen perjalanan, mereka akan ditahan dan dihantar ke Depot Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

WARGA asing yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditahan sama seperti warga Malaysia.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 20 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply