Warga asing masih tidak dibenarkan memasuki negara

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian COVID-19 (Non Health) berkata warga asing masih lagi disekat untuk memasuki negara malah penerbangan hanya dibenarkan untuk membawa pulang rakyat Malaysia sahaja.

WARGA ASING MASIH DISEKAT MEMASUKI NEGARA DAN PENERBANGAN HANYA DIBENARKAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA SAHAJAMalaysia…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 06 Mei 2020

“Masih lagi mengekalkan polisi dan dasar kita iaitu warga asing masih tidak dibenarkan untuk memasuki negara kita”, ujar beliau.

Beliau turut diberitahu oleh pihak penerbangan Air Asia bahawa tiada kemasukan warga asing dan turut mengingatkan pihak penerbangan mengenai polisi yang telah ditetapkan iaitu tidak dibenarkan kemasukan warga asing ke dalam negara.

Tambah beliau, rakyat Malaysia yang telah masuk ke dalam negara tidak akan terkecuali dari melakukan sebarang proses saringan dan sesi kuarantin wajib selama 14 hari.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply