Wany Hasrita lancar Muzik Video “Canggung” esok!

0

Meskipun perjalanan seni Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih mesra disapa Wany Hasrita, 28 tahun baru sahaja memasuki tahun keempat, namun penyanyi ini telah berjaya menempatkan dirinya di arena seni suara tanah air.

Malah Wany Hasrita juga pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2018.

Penyanyi si cantik manis ini mula dikenali menerusi single “Menahan Rindu” dan tidak lama kemudian namanya semakin melonjak dengan single duet “Di Sana Cinta Di Sini Rindu” bergandingan bersama penyanyi Tajul.

Selama 4 tahun dalam industri muzik, Wany mempunyai lapan single dan lagu-lagunya mendapat perhatian penggemar lagu-lagu Melayu tempatan antaranya Rintihan Rindu , Rindu Dalam Benci (duet Tajul ), Aku Serius (duet bersama Tajul ), Semarak Syawal dan Semaikan Cinta .

Selain membawakan lagu berentak balada, bakat nyanyian Wany semakin terserlah dengan lagu irama tradisional antaranya Ewah Ewah ciptaan Allahyarham Pak Ngah yang kini mencecah hampir 4 juta tontonan di YouTube.

Turut membanggakan apabila hasrat Wany untuk berduet dan merakamkan lagu bersama idolanya, Dato’ Jamal Abdillah tercapai menerusi lagu Belenggu Rindu.

Lagu terbabit kini telah mencatat lebih 11 juta tontonan di platform muzik YouTube meskipun baru enam bulan muzik video ini di muat turun di Official YouTube FMC Music.

Perjuangan muzik Wany diteruskan lagi apabila dia mengumumkan akan melancarkan muzik video dan singlenya yang terbaru, Canggung.

Muzik video dan lagu berkenaan akan dilancarkan pada 27 Mac di Official YouTube FMC Music jam 8 malam dan lagu ini juga merupakan lagu kedua ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong setelah kejayaan single duet bersama Dato’ Jamal Abdillah, Belenggu Rindu.

Semoga lagu terbaru Wany Hasrita diterima ramai.

Tahniah Wany Hasrita!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply