Waktu solat Subuh negeri Terengganu ditambah lapan minit bermula 25 Januari

0

Waktu solat Subuh negeri Terengganu akan ditambah lapan minit dari waktu sedia ada bermula 29 Jamadil Awal 1441H bersamaan 25 Januari 2020 setelah mendapat persetujuan hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Mesyuarat Jawatankuasa Takwim Hijri dan Waktu Solat 1442H/2020M.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Terengganu, Dato’ Haji Zulkifly bin Haji Muda berkata waktu solat fardhu yang lain tidak berubah dan solat Subuh yang telah dilaksanakan sebelum ini sah dan tidak perlu diqadha.

Perubahan ini dilakukan kerana waktu Subuh akan menggunakan perimeter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk sebelum ini. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply