Waktu operasi UTC seluruh negara diseragamkan

0

Ketika pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lalu, antara lain beliau turut menyatakan pihak kerajaan telah bersetuju membuka semula dan menyeragamkan waktu operasi Pusat Transfomasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Ia selaras dengan Teras Ketiga PENJANA iaitu Merangsang Ekonomi melalui Perlanjutan Waktu Perkhidmatan Dalam Norma Baharu.

Sehubungan itu, UTC akan beroperasi semula mulai 15 Jun depan (lsnin) seperti waktu yang tertera.

1) Waktu operasi bagi Semenanjung adalah :

Hari Bekerja : 8.00 pagi sehingga 9.00 malam

Hujung Minggu : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Rehat/Solat Jumaat : 12.15 tengah hari sehingga 2.45 petang

2) Waktu operasi bagi Negeri Sarawak

Hari Bekerja : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Hujung Minggu : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Rehat/Solat Jumaat : 11.45 pagi sehingga 2.15 petang

3) Waktu operasi bagi Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan

Hari Bekerja : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Hujung Minggu : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Rehat/Solat Jumaat : 11.30 pagi sehingga 2.00 petang

Untuk makluman, UTC akan beroperasi selama setiap hari kecuali pada cuti umum Persekutuan / Negeri dan tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat.

Leave a Reply