Waktu melawat dan peraturan baharu hospital kerajaan seluruh negeri Terengganu dipinda

0

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan waktu melawat di hospital kerajaan seluruh Terengganu akan dipinda berkuatkuasa serta merta.

Menurut beliau, susulan peningkatan kes СOVID – 19 di Malaysia, semua hospital kerajaan di Terengganu perlu mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga hospital.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

1. Mengurangkan bilangan pelawat yang hadir ke semua hospital kerajaan di Negeri Terengganu.
2. Kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun adalah tidak dibenarkan untuk melawat ke hospital.
3. Tempoh waktu melawat ke hospital dipendekkan kepada:
a. 1.00 petang hingga 2.00 petang dan;
b. 5.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari termasuklah pada hari bekerja, cuti umum dan cuti am
4. Para pelawat yang mengalami gejala seperti demam atau batuk atau selesema tidak digalakkan melawat pesakit yang berada di hospital.

Peraturan ini berkuatkuasa serta merta bermula tarikh notis dikeluarkan dan jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply