Wajah baru RACUN yang sama, helah peniaga ‘repack’ produk haram tumpas

0

Perhatian rakyat Malaysia!

Sampai bila kita harus ditipu?

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) telah membongkar satu helah licik produk pelangsingan badan yang telah diharamkan sebelum ini.

Produk yang dikesan mengandungi racun berjadual ‘Sibutramine’ ini telah menukar nama dan reka bentuk luaran produk tetapi sebenarnya masih mengandungi racun yang sama.

HSA dalam satu kenyataan rasmi pada 6 Ogos lalu, pihak terbabit mengingatkan masyarakat menghentikan pengambilan produk beracun ini serta merta!

Terdahulu, produk ini dipasarkan sebagai ‘Chocho Fit’ sebelum diharamkan penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nama produk terkini yang dipasarkan telah diubah kepada ‘Coco Curv’ dengan ‘repacking’ produk terbabit.

Perbuatan ini merupakan taktik biasa yang dilakukan oleh pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab.

Kesan pengambilan produk ini boleh menyebabkan jantung berdebar, risiko strok dan serangan jantung.

Lebih membimbangkan berisiko menyebabkan gangguan emosi dan keinginan untuk membunuh diri.

Selain itu, terdapat satu lagi produk merbahaya yang todak berdaftar dengan KKM namun masih berada di pasaran.

Produk yang dipromosikan sebagai produk untuk rawatan resdung, sakit lutut, sakit pinggang memberi kesan rasa bertenaga dan hilang segala gejala kerana mengandungi ‘STEROID’.

Pengambilan produk ini akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang, tulang reput, tekanan darah tinggi dan penyakit metabolik

Jika anda masih menggunakan dan menjual produk ini, tolong hentikan segera!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply