Wah cantik dan kemasnya kebun kecil Syafie Naswip

0

Bercucuk tanam bukan lagi dianggap hobi orang dah pencen.

Malah ramai orang muda sekarang sudah mula menanam pokok-pokok di dalam mahupun di luar rumah masing-masing.

Ada macam-macam konsep, antaranya hidroponik dan menanam dalam pasu.

Selain menyihatkan badan dengan berkebun, anda juga tak perlukan ruangan besar, di rumah pun boleh buat.

Maklumlah, semua orang masih paranoid nak keluar rumah sebab kes Covid-19 tengah mencanak naik sekarang ini.

Jadi, lebih selamat tanam pokok sayur dan buah-buahan sendiri di rumah daripada beli di luar.

The Malaya Post sempat menjengah laman sosial Instagram artis, ala nak tahu juga tip dan apa aja aktiviti mereka sepanjang PKP.

Siapa tak kenal dengan pelakon Syafie Naswip.

Bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonannya yang bersahaja, terkini Syafie menunjukkan bakat  berkebun pula.

Menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya, pelakon berusia 29 tahun ini berkongsi beberapa foto dan video mengenai tanamannya itu buat tatapan pengikut.

Wah cantik sungguh dan kemas kawasan tanaman di belakang rumah Syafie.

Pasu tersusun rapi dengan label nama tanaman antaranya pudina, parsley, daun sup dan pegaga. Dia turut berkongsi tip cara penjagaan tanamannya itu kepada umum.

Ternyata, berkebun ni bukan sahaja mampu mengeluarkan peluh malah dapat pula menikmati hasil dari aktiviti berkebun ini. Sesungguhnya, tidak akan rugi berbakti kepada tanah.

Bukan sekadar itu, persekitaran rumah akan lebih bersih dan kemas. Sejuk mata memandang, tak begitu Syafie?

Untuk rekod, pemilik nama Mohd Shafie Naswip ini telah menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun.

Dia mula dikenali menerusi filem Mukhsin arahan  Yasmin Ahmad pada tahun 2007.

Ia diikuti filem Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap, Juvana, Rentap, Jibam, Gangsterock Kasi Sengat, Kampung Drift, filem pendek Bunga Bangsa dan Janji Amin selain membintangi puluhan drama televisyen tempatan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply