Virus selesema khinzir baharu berpotensi menjadi wabak pandemik ditemui di China

0

Para saintis negara China telah mengenalpasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik.

Ia susulan laporan terdapat dua individu dijangkiti virus terbabit baru-baru ini.

Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadap virus ini.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut.

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” menurut siaran media terbabit.

Walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 penyebab kepada COVID-19, para penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian.

https://www.bbc.com/news/health-53218704

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Virus baharu dikenal pasti di ChinaSaintis di China dilapor berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 30 June 2020

Leave a Reply