Virus Corona bertahan sehingga sembilan hari

0

Melalui laporan, virus COVID-19 boleh hidup sehingga sembilan hari dalam keadaan bersuhu sejuk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya dalam persekitaran bersuhu panas dan lembab virus ini mungkin hanya boleh hidup sehingga 48 jam.

“Oleh itu, penting untuk kita selalu membersihkan permukaan yang mudah dijangkiti seperti logam, kaca, kertas, kayu, plastik, ceramic, keluli, kadbod, aluminium dan tembaga.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk melakukan pembersihan dari semasa ke semasa supaya persekitaran yang didiami terutamanya dirumah terjamin kebersihannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Majlis Daerah serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menjalani aktiviti sanitasi di tempat awam.

Virus Covid-19 boleh tahan sehingga 9 hari dalam persekitaran sejuk.

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 28 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply