Viral video suntingan kartun animasi Elsa, Anna, Olaf dan Kristoff berjoget inang lagu ‘joget berhibur’

0

Di zaman ini keseronokan dan informasi hanya dihujung jari.

Seperti mana perkongsian video seorang pengguna twitter, Yasmin Shaufi yang memuatnaik video berdurasi 0.25 saat ini.

“ba****g la abang aku ni” tulis Yasmin bersama video berkenaan.

Video terbabit memaparkan kartun animasi Frozen iaitu Elsa, Anna, Olaf dan Kristoff sedang berjoget sakan sambil mengikut rentak nyanyian seorang lelaki yang menyanyikan lagu ‘joget berhibur’.

Menurut Yasmin, video itu diserikan dengan nyanyian abangnya sendiri.

Ketika ditanya mengenai aplikasi yang digunakan, tanpa lokek Yasmin memberitahu bahawa beliau hanya menggunakan filter Mini Froz Olaf dari laman Instagram sahaja.

Setakat ini perkongsian Yasmin telah mendapat 467 000 tontonan, 47 100 ulang kicau dan juga 39 200 tanda suka dari pengguna laman sosial berkenaan.

Leave a Reply