Video Puting Beliung di Pengerang kiriman Sahabat The Malaya Post

0

Seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai @akustikajalanan telah berkongsi kejadian puting beliung di kawasan perindustrian Pengerang, Johor.

“Apa cerita Pengerang ni” tulis beliau bersama satu video berdurasi 44saat itu disusuli kemudiannya di retweet video itu dengan membuat status ‘Pink Tornado’.

Namun, menurut Sahabat The Malaya Post, yang turut bekerja di tempat berkenaan, ia berlaku pada pagi Ahad lalu dan rakaman video berkenaan dirakam di kilang Rapid Pengerang, Gate 2.

Dimaklumkan, kejadian itu berlaku ketika hujan dan ribut dikenalpasti sebagai punca berlakunya puting beliung itu.

Tambahnya lagi, difahamkan oleh kerana hujan lebat, puting beliung telah menyedut air yang bertakung di kawasan tanah merah dan mengakibatkan puting beliung berwarna merah jambu.

Ia hanyalah kesan dari debu tanah merah yang telah bercampur air hujan.

Katanya, kejadian ini bukanlah kali pertama, malah puting beliung pernah berlaku di kawasan laut berdekatan.

Leave a Reply