Viral video anak kucing dibakar, tawaran RM10 ribu kepada individu yang ada maklumat sahih

0

Animal Malaysia menawarkan wang sejumlah RM10 ribu kepada individu yang mempunyai maklumat sahih berkaitan video pembakaran anak kucing yang telah dimuat naik di laman media sosial.

Menurut maklumat yang diterima aksi pembakaran kucing dengan mengunakan minyak api serta pemetik api berkenaan didakwa berlaku di Pahang.

Namun segala butiran yang diterima masih tidak lengkap untuk siasatan seterusnya.

Animal Malaysia dalam siaran Facebook hari ini menyeru mana-mana individu yang boleh mengesahkan kejadian terbabit untuk tampil membekalkan maklumat lengkap dengan membuat laporan polis berdekatan.

Bangkit semua, perangi jenayah kezaliman haiwan!

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1314967245377139/

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply