Viral “power bank” meletup di dalam pesawat

0

Video berdurasi 1.21 minit yang tular sejak semalam telah di ‘retweet’ lebih 18,000 ribu oleh warganet.

Video berkenaan memaparkan kru kabin sedang menyembur alat pemadam api ke arah beg yang berasap.

Asap yang keluar melalui sebuah beg terbabit dipercayai berpunca dari alat pengecas gajet (power bank) salah seorang penumpang yang dikatakan telah meletup.

Punca sebenar kejadian belum dikenal pasti.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kru kabin berjaya menangani situasi berkenaan serta dapat menenangkan para penumpang yang cemas ketika kejadian berlaku.

Leave a Reply