Sunday, November 28, 2021
Home BERITA Vin Diesel sempurnakan majlis perkahwinan anak Paul Walker dengan Louis Thornton-Allan

Vin Diesel sempurnakan majlis perkahwinan anak Paul Walker dengan Louis Thornton-Allan

0

Anak kepada mendiang Paul Walker, Meadow Walker memuat naik gambarnya yang diiringi oleh bintang filem yang juga sahabat bapanya, Vin Diesel, menggantikan bapanya ketika majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.

Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.

Dalam gambar yang dimuat naik Meadow di Instagram semalam, kelihatan Vin mengenakan sut berwarna biru cair dan berada di sisi pengantin perempuan, bagi menggantikan tempat sahabat baiknya yang meninggal dunia pada 2013 itu.

 

Meadow Walker, 22, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Jumaat.

Tidak menulis keterangan yang banyak, gambar itu saja sudah cukup menggambarkan rasa bahagia Meadow dan pada masa sama, rasa bahagia Vin juga untuk ‘menghantar isteri’ kepada pelakon, Louis Thornton-Allan yang dianggap seperti anaknya sendiri ke pelaminan.

Sebelum ini, Meadow turut berkongsi mengenai detik indah majlis perkahwinannya yang berlangsung di Republic Dominica itu, dalam temu bual bersama majalah Vogue.

“Kami tak dapat membayangkan majlis yang lebih sempurna daripada ini. Ia begitu sempurna dan dekat di hati kami.

“Ia adalah majlis yang ringkas dan berjalan dengan lancar. Sejak awal lagi, saya dan Louis sudah tahu apa yang kami mahukan untuk majlis kami.

“Kami menari di atas pasir, berkaki ayam. Di penghujung malam, kami disajikan dengan persembahan bunga api dan kami lepaskan lantera ke langit malam,” katanya.

Terdahulu, bintang filem aksi Fast & Furious, mendiang Paul Walker meninggal dunia pada 2013 lalu dalam nahas jalanraya di California Selatan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply