-
UNDI PERCAYA: "SAYA TERIMA DENGAN PENUH REDHA" - MB PERAK
"SAYA TERIMA DENGAN PENUH REDHA" - MB PERAK
Petikan ucapan Menteri Besar Perak:
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
ahli-ahli yang berhormat yang telah pun sama-sama membuat keputusan seperti apa yang diperkatakan oleh YB Pengkalan Baru demi kepentingan rakyat"
"Saya terima dengan penuh redha dan saya fikir dalam waktu kita menghadapi keadaan yang tidak menentu, ekonomi, masalah pekerjaan dikalangan rakyat dan sebagainya, masalah politik ini tidak perlu kita panjang-panjangkan"
"Saya selaku Menteri Besar buat masa ini ingin memberi satu komitmen untuk memastikan transisi kepada kerajaan yang baru akan di buat dengan penuh berhemah, demi kepentingan rakyat.
"Its a great honour to served our beloved state. Patik menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas kesempatan patik untuk menabur bakti kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Terima kasih semua"
Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu, Sidang DUN Belanjawan 2021 Perak.
Video: FB Faizal Azumu, Belanjawan 2021 Perak. -
Ulasan Timbalan Pendakwa Raya kes SRC mengenai DS Najib Razak
-
'Hina' Melayu: Permohonan Maaf dan penjelasan Datuk Farok Jakel bagi pihak Jakel Trading Sdn Bhd
-
PKP Covid-19: Ketua etnik Rohingya mohon bantuan buat 200,000 pelarian di Malaysia
-
COVID-19: Pembersihan & pensterilan berkala Kiswah, permukaan Kaabah & Masjidil Haram dipergiatkan
Mekah, 22 April 2020 : Kerja-kerja pembersihan dan pensterilan berkala Kiswah dan permukaan Ka'bah dilaporkan selesai pada Selasa, 21 April 2020.
Menurut laporan Media tempatan, Harmain.info pembersihan dan pensterilan dijadualkan dilakukan hampir setiap hari mengikut blok kawasan tertentu.
Setakat ini jemaah masih tidak dibenarkan untuk solat di sekitar Kaabah.
Sebaliknya jemaah dibenar untuk menunaikan solat di dalam masjid, "roof top" dan perkarangan Masjidil Haram.
Pada 1 April lalu, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Perkara itu dinyatakan Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua hambaNya yang sangat kerdil dari wabak pandemik COVID-19.
KepadaMu Ya Allah kami berserah 🙏 -
Dalam Kenangan: Mutiara Kata "Fikir-Fikirkanlah" Allahyarham Farit Ismeth Emir RTM
Sumber Video: RTM & Youtube Channel Farid Ismeth Emir
Video dedikasi khas buat Allahyarham Farit Ismeth Emir oleh The Malaya Post. Sumbangan beliau dalam dunia berita, penyiaran amat besar. Semoga Roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang soleh.
KUALA LUMPUR: Pembaca berita bersuara lunak dan intonasi yang cukup unik, Farit Ismeth Emir atau lebih dikenali sebagai “pak ngah” dikalangan warga kerja dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Amat dikenali sebagai penyampai berita Malaysia terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta pekerja veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan berkenaan.
Beliau yang berusia 66 tahun juga pernah menyumbangkan suara emasnya dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa beliau, “Gaya, mutu dan keunggulan”.
Hasil perkahwinan beliau dikurniakan tujuh cahaya mata dan salah seorang daripadanya merupakan seorang DJ iaitu Farzwa De-Attahir Emir atau lebih popular dengan panggilan DJ Fuzz.
Warga kerja portal ‘The Malaya Post’ mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin.
Al-Fatihah… -
After The Rain - Najwa Mahiaddin feat. Junny (feat. PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Speech)
#MalaysianUnitedAgaintsCovid19 #Malaysia #Covid19 #NajwaMahiaddin #MuhyiddinYassin #AfterTheRain
Jom kenali anak PM:
https://www.themalayapost.my/ucapan-perdana-menteri-kelmarin-diinspirasikan-menerusi-lagu-after-the-rain-nyanyian-anak-beliau-najwa-mahiaddin/
A Special Tribute video by The Malaya Post Team to all Malaysian 🇲🇾
Song : After the Rain
Artist : Najwa Mahiaddin feat. Junny
Speech: PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
Video Editing : The Malaya Post
LYRIC
(JUNY)
We may all fall down
But we all get up
Hold you head up, Malaysia
After the rain comes the sun
(Najwa Mahiaddin)
We may all fall down
But we all get up
Hold your head up, Malaysia
After the rain comes the sun
When life gets cold and the sky aren't blue
You're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters, we'll see you through
We may all fall down
But we all get up
Hold your head up, Malaysia
After the rain comes the sun
These are the times we must get through
Courage and wisdom must live in you
The way of our future lies in you
(Najwa Mahiaddin & JUNY)
From the rising of the sun
Together we are one
We are stronger
Stronger forever
From the rising of the sun
Together we are one
We are stronger
Stronger forever
We may all fall down
But we all get up
Hold your head up, Malaysia
After the rain comes the sun
Ooh
We may all fall down
But we all get up
Hold your head up, Malaysia
Hold your head up, Malaysia
Hold your head up, Malaysia
After the rain comes the sun
After the rain comes the sun
So keep your head up, Malaysia -
BREAKING: PM Boris Johnson Positive COVID-19
#BorisJohnson #PM #UK #COVID19 -
"Mai teruih ke pejabat, kita bantu" - Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata rakyat Kedah termasuk peniaga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 boleh langsung ke Pejabat Menteri Besar untuk bantuan.
Bagi golongan warga emas yang mungkin sukar untuk menulis borang akan dimudahcara agar bantuan yang dikhususkan dapat disalurkan secepat mungkin.
"Mai teruih ke pejabat, memang ada kena isi borang namun kita akan bantu mudahkan, peniaga yang terjejas akibat Covid-19 juga kita bantu", katanya ketika melakukan tinjauan ke pasar ikan di Kuala Jerlun semalam bagi bertemu dengan para nelayan dan peniaga di sana bagi meninjau bekalan dan harga ikan di sana.
Tambahnya kerajaan negeri Kedah berharap agar bekalan ikan segar yang ada mencukupi untuk menampung keperluan masyarakat.
Dalam pada itu Kerajaan negeri Kedah turut memperuntukkan RM21 juta sebagai inisiatif bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan coronavirus, COVID-19 termasuk RM10 juta bagi pakej rangsangan ekonomi.
Datuk Seri Mukhriz berkata inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi itu akan memberi manfaat kepada peniaga dan penjaja kecil, pekerja harian, peniaga persendirian, pemandu teksi, pemandu bot, pemandu pelancong.
Daripada jumlah keseluruhan itu, katanya, sebanyak RM3.6 juta bantuan keperluan asas akan disalurkan kepada 36 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri, DUN.
“Sebanyak RM550,000 diagihkan melalui bantuan Food Bank kepada pelajar institut pengajian tinggi, IPT seluruh Kedah termasuk kepada pelajar tajaan kerajaan negeri di Mesir dan Jordan. RM400,000 pula disediakan untuk bantuan sokongan petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, Angkatan Pertahanan Awam, APM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA, Imigresen dan agensi terbabit.
“Sementara itu, RM450,000 lagi adalah bantuan barangan perubatan seperti penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman,” katanya dalam kenyataan.
Datuk Seri Mukhriz juga berkata sebanyak RM4.5 juta gaji pekerja kontrak, sementara, guru Kelas Agama dan Fardu Ain, KAFA pekerja sambilan harian akan dipercepatkan.
Selain itu, katanya, sebanyak RM300,000 juga akan disalurkan kepada Pusat Kuarantin Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM negeri.
“RM1.2 juta pula akan disalurkan Lembaga Zakat Negeri Kedah LZNK menerusi bantuan ‘Food Bank’ untuk 576 masjid di seluruh negeri yang akan memberi manfaat kepada 74,880 penerima.
“Bagi tidak membebankan orang ramai kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah sehingga 30 September ini,” katanya. --THE MALAYA POST
Video oleh : MMFC -
Covid-19 : Doa pelarian Syria buat Malaysia
Jika dibandingkan dengan kita, dugaan yang ditanggung pelarian Syria lebih besar.
Adakala mereka kelaparan, gelandangan dan ketakutan.
Namun apabila mendengar rakyat Malaysia berdepan dengan musibah, mereka tidak lekang berdoa supaya bencana yang melanda berakhir segera. -
Deklamasi Sajak: "Begitulah rutin Tuanku Raja Permaisuri Agong" oleh Cikgu Teo Wei Sing
Tajuk: Begitulah Rutin Tuanku Raja Permaisuri Agong
oleh Cikgu Teo Wei Sing
Begitulah rutin Tuanku
Baginda seorang Raja Permaisuri Agong
jikalau berlaku bencana
rakyat jelata didahulukannya
baginda terkurung di dalam dapur istana
sehingga santapan sendiri jua terlupa
memasakkan lauk-pauk bahagia
buat wira dan wirawati negara.
Begitulah rutin Tuanku
baginda Suri kepada negara Malaysia
jikalau berlaku malapetaka
kebajikan rakyat jelata meresahkan hatinya
baginda seharian di dalam dapur istana
makan dan minum sendiri tak terjaga
memikirkan resipi dan ramuan khasiat yang paling mulia
memasak air tangan yang enak
buat wira dan wirawati negara.
Ampun Tuanku
sembah patik mohon diampun
patik pacal sekalian terhutang budi jua
Tuanku Berdua makan dan minum janganlah lupa
jagalah kesihatan
demi negara Malaysia.
Patik pacal sekalian memanjatkan doa
moga Tuanku Berdua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Ampun Tuanku
Sembah patik mohon diampun.
(7.13pm, 22/3/2020)
Video Editing by The Malaya Post
#COVID19 #RajaPermaisuriAgong #TunkuAzizah #CheMinahSayang #CikguTeoWeiSing -
Anwar dakwa Hamzah Zainudin sibuk memancing Ahli Parlimen, tidak hirau isu COVID-19 dan keselamatan