[Video] Video viral anggota JPJ bertindak agresif terhadap penunggang motosikal

0

Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung video tular menerusi WhatsApp yang memaparkan penunggang motosikal dipukul anggota jabatan itu, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada jam 10.30 pagi tadi.

Video berkenaan menunjukkan individu terbabit keluar dari kenderaan JPJ sebelum bertindak agresif terhadap penunggang motosikal itu.

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Zakaria ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat video terbabit.

“Ya kami maklum berita ini kami siasat dan akan maklum mengenai hasil siasatan selepas ini,” katanya kepada The Malaya Post.

Hari ini, satu video berdurasi 45 saat tular menerusi WhatsApp dengan memaparkan seorang penunggang motosikal berada di kawasan rumput di tepi jalan raya.

Video itu turut menunjukkan dua individu turun dari kenderaan JPJ yang melintang di tengah jalan raya berdekatan penunggang motosikal.

Dua individu itu kemudian menuju ke arah penunggang motosikal dan seorang daripada mereka dilihat memukul penunggang motosikal terbabit hingga menyebabkannya jatuh terduduk. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply