[VIDEO] Tun M, Azmin Ali hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina GERAKAN

0
Tun Dr Mahathir, Presiden Gerakan Dr Dominic Lau(Tengah), Datuk Seri Azmin Ali

KUALA LUMPUR 25 Jan : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Gerakan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Menara PGRM, Kuala Lumpur pagi ini.

Ketibaan beliau dan isteri di sambut oleh Presiden Parti Gerakan Dr Dominic Lau serta barisan pimpinan parti jam 11.30 tadi.

Hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Isteri.

Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa lebih 30 minit di majlis berkenaan dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa.

Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kemudian menyertai barisan pimpinan kanan Gerakan menggaul hidangan Yee Sang. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply