[VIDEO] Projek sekolah baharu berkonsepkan Sekolah Wawasan #PMJawab

0

Konsep Sekolah Wawasan telah diluluskan  oleh kabinet pada tahun 1997 adalah menggabungkan  tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan  mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain.

Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. 

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

TUJUAN DAN MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN

1.    Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang

2.    Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

3.    Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu

4.    Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 

Atas amanat perpaduan kaum sekolah wawasan diwujudkan dan mengulas dengan perkembangan ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pelajaran berkata melalui sekolah rancangan baharu para pelajar dapat berkumpul bersama ketika perhimpunan yang akan menggunakan bahasa kebangsaan.

“Ia sukar kerana sekarang ini terdapat sekolah sekolah di jauh di antara mereka dan tak mudah kita cantumkan tetapi bila kita ada sekolah rancangan, sekolah baru kita akan ada tiga buah sekolah di satu kampus.

“Di dalam kampus itu, sementara kita belajar dalam bilik darjah dengan menggunakan bahasa yang berlainan tetapi apabila kita ada ‘essembly’ belah pagi umpamanya semuanya akan berkumpul bersama dan bahasa yang diguna hendaklah bahasa kebangsaan dan mereka dapat bercampur bersama-sama mereka.

“Demikian juga dalam ‘sports’ umpamanya , kita tak boleh ada pertandingan antara sekolah dengan sekolah, sebaliknya kita wujudkan pasukan pasukan campuran yang disertai oleh ketiga-tiga sekolah sekali, tidak ada pengasingan sekolah,” ujar beliau.

Menurutnya, dengan itu mereka dapat berjumpa dan ada hubungan di antara penuntut-penuntut yang mempelajari dalam bahasa yang berlainan. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel, untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply