[VIDEO] PPSMI : Saya mahu ia dilaksana, tetapi perlu kelulusan Kabinet – Tun Dr Mahathir #PMJawab

0

Baru-baru ini Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pandangan mahu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula.

Dalam mengukuhkan persoalan kewajaran Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI dilaksanakan kembali,  beliau berpendapat apabila bahasa pengantar untuk kedua-dua mata pelajaran ini dipraktikkan ia sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan dan penguasaan bahasa berkenaan di  kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun belum ada sebarang keputusan kebinet dibuat, kenyataan Perdana Menteri itu sekali lagi mencetus reaksi dari pelbagai pihak.

“Tetapi bagi saya penguasaan bahasa Inggeris dalam bidang Sains ini amat penting, ianya bukan ilmu yang datang daripada kita, dia datang dari luar hasil dari budaya yang berlainan dari pada kita.

“Kita tidak lagi boleh menyelidiki dan usaha untuk mencari kebenaran memang ada pada Saintis barat dan hari-hari mereka menyatakan pendapat dengan berjumpa perkara-perkara baru, menulis tentang pendapat mereka yang baru dan mereka menulis dalam bahasa Inggeris.

“Kita kata kita boleh terjemah ke dalam bahasa kita tapi untuk menterjemah bidang Sains kita bukan sahaja perlu faham bahasa Inggeris dan faham bahasa kita tetapi kita perlu fasih dalam bidang itu, bidang Sains itu sendiri,” kata beliau bereaksi memberi maklum balas berkenaan hasratnya itu.

Memberi penjelasan lanjut, penterjemahan dalam bidang Sains perlu difahami serta menguasai ilmu itu sendiri.

“Masing masing menterjemah sahaja, mesti faham Bahasa Inggeris, mesti faham Bahasa Melayu, mesti faham ilmu tu, kalau tak ada tak boleh terjemah dan kita tak boleh faham kalau tak ada orang yang terjemah.

“Sebab itu kalau kita baca, faham dalam Bahasa Inggeris dengan mudahnya kita akan faham apakah dianya perkara baru ini yang diperkenalkan, sebab itu kita perlu belajar dalam Bahasa Inggeris dan saya juga tekankan bahawa sainstis ini perlu ada “conference” dimana mereka membincang masalah masalah sains dan mereka bincang bukan dalam bahasa kita, mereka berbincang dalam Bahasa Inggeris.

“Kalau kita tak faham bahasa Inggeris dalam Sains, kita tak mungkin faham, tak mungkin ambil bahagian dalam perbincangan itu, dalam debat ataupun dalam berhujah dan sebagainya,” ujar Tun Dr. Mahathir.

Sekiranya kita mahu berhujah dalam Bahasa Melayu, nak bergantung kepada pentafsir ataupun penterjemah itu sendiri tidak pasti samada penterjemahan berkenaan tepat atau sebaliknya.

“Sebab itu saya fikir kalau kita nak maju, kita mesti belajar Sains dan Matematik ini dalam Bahasa Inggeris kerana ilmu ni datang daripada mereka, bukan datang daripada kita,” jelas Tun Dr. Mahathir. –– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply