Video papar Alat Pengesan Kehamilan sekadar gimik lancar produk baru

0

Baru-baru ini, pelakon Bella Dally telah memuat naik video yang memberi bayangan dia sedang hamil dengan menunjukkan dua line yang jelas pada Urine Pregnancy Test (UPT).

Perkongsian paparan video berkenaan, ramai rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

Terbaru, pelakon itu memuat naik satu video baru yang memaparkan kelahiran produk kosmetik miliknya, Lip Cream Olumis by Bella Dally dan sekaligus menjawab persoalan video terdahulu.

Merujuk komen netizen-netizen, segelintir dari mereka memuji kaedah pemasaran yang dilakukan oleh pelakon yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Namun ramai juga yang merasa ditipu dan tidak bersetuju dengan tindakan pelakon berkenaan menggunakan UPT sebagai taktik pelancaran produk miliknya.

Leave a Reply