Vaksin Sinovac selamat tiba di Malaysia

0

Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 8.47 pagi tadi.

Berita Harian melaporkan, penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Hadir menyambut ketibaan vaksin kedua di Malaysia itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply