“Vaksin buka Dajjal”- KJ jawab perkongsian netizen

0

Rentetan kejayaan negara menerima seterusnya membawa pulang Vaksin COVID-19 buat fasa pertama telah menerima bermacam reaksi berbeza dari rakyat Malaysia.

Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan penghargaan kepada Penerbangan Malaysia dan juruterbang Kapten Hamdan diatas kejayaan membawa vaksin terbabit telah menerima ribuan tanda suka pengikut.

Beribu ucapan kesyukuran dan tahniah buat semua pihak yang terlibat turut diturunkan di ruangan komen.

Namun, ada juga segelintir masyarakat yang kurang setuju dan tidak bercadang untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

Malah, satu komen pembaca menyifatkan ini sebagai “Dajjal datang membawa segunung roti”. Komen itu juga bertanya “Dekat kapal terbang tu ada tulisan One World. Nampak?”

Perkongsian pembaca terbabit mendapat perhatian Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin yang kemudiannya membalas dengan kenyataan “Vaksin bukan Dajjal dan One World adalah nama airline alliance bermaksud rangkaian syarikat syarikat penerbangan”.


Memang hak anda untuk tidak menerima suntikan vaksin.Tapi jangan pula mempengaruhi orang lain dengan persepsi dan pendapat anda yang luar biasa itu. Terlalu berilusi pun tidak bagus juga ya, hmmmm…

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply