‘Vaksin Berkesan Untuk Semua’ tema Minggu Imunisasi Sedunia 2020

0

Terdapat sesetengah individu mengambil mudah akan keperluan dan memandang enteng kepentingan imunisasi untuk sistem kesihatan tubuh badan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), imunisasi ini lebih dikenali sebagai tindakan kesihatan yang paling berkesan dan menjimatkan.

Namun malangnya, hampir 20 juta kanak-kanak di dunia tidak mendapat vaksin yang diperlukan.

Untuk info, Minggu Imunisasi Sedunia bermula 24 sehingga 30 April disambut bertujuan mempromosi kegunaan vaksin dan melindungi setiap individu dari pelbagai jenis penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) juga telah menetapkan tema bagi tahun 2020 iaitu #VaccinesWork for All’ atau ‘Vaksin berkesan untuk semua’.

Ia bertujuan bagi mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur dari penyakit cegahan vaksin.

Tema ini juga memberi fokus kepada organisasi termasuk anggota kesihatan yang terlibat dalam pelaksanaan Program Imunisasi walau di mana pun mereka berkhidmat dengan tujuan melindungi kesihatan masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan agama.

Imunisasi dikenali sebagai tindakan kesihatan yang paling berkesan dan menjimatkan. Namun hampir 20 juta kanak-kanak di…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 23 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply