Usul putus hubungan dengan Bersatu, pertahan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke PAU 31 Jan depan

0

Usul putus hubungan dengan Bersatu, pertahan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO 31 Januari depan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Selain itu, usul bagi menggesa supaya Pilihanraya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.

Dalam pada itu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.

Perkara berkenaan sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden Parti Komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.

MKT UMNO yang bermesyuarat pada malam ini, mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian dan Sayap-Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang berakhir pada 3 Januari 2021.

Mesyuarat berkenaan memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply