Ustaz Kazim Elias berpadu suara bersama Tuju K-Clique dan Tyco untuk Salawat 1442

0

Ustaz Kazim Elias bergelar penyanyi professional? Biar betul!

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, mempertontonkan figura dan penceramah agama yang dihormati dan disayangi ramai ini mendendangkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Ustaz Kazim bukan nyanyi berseorangan ya!
Lagu Salawat 1442, beliau berkolaborasi bersama salah seorang penyanyi kumpulan K-Clique, Tuju dan rapper Tyco.

Lagu ini turut digubah dan liriknya turut ditulis oleh Tuju bersama Neo dan Almanjawi.

Difahamkan, Salawat 1442 adalah lagu pertama Ustaz Kazim Elias menyanyi secara professional.

Alhamdulillah, boleh tahan juga ya! Jom kita bersama-sama menjamu halwa telinga dengan mendengar lagu puji-pujian buat Nabi kita ini.

Kami warga kerja The Malaya Post mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh muslimin dan muslimat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply