Usahawan MARA In Fashion sepakat jahit kelengkapan uniform petugas kesihatan

1

Usahawan MARA In Fashion (MiF) merebut peluang menggunakan kemahiran yang ada membantu menghasilkan pakaian untuk kegunaan barisan hadapan negara khususnya petugas kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara pakaian yang dihasilkan termasuklah sarung pelindung kepala, sarung tangan dan kaki, baju PPE dan uniform skrub perubatan.

Para usahawan MiF ditugaskan untuk menjahit pakaian ini di lokasi masing-masing dengan menggunakan segala bahan yang telah disediakan oleh pihak KKM.

Semoga usaha murni bantuan mereka dapat meringankan tugasan barisan hadapan ketika menangani pandemik COVID19.

Usahawan-usahawan MARA In Fashion ( MiF) turut merebut peluang menggunakan kemahiran yang ada membantu menyediakan head…

Dikirim oleh MAJLIS AMANAH RAKYAT pada Selasa, 31 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply