Usah risau lambat jumpa jodoh,jangan tersilap pilih pasangan

0

Ajal, maut dan jodoh rahsia Allah. Lambat atau cepat mendirikan rumahtangga bukanlah penentu kebahagian sebenar.

Apa yang penting, persediaan melengkapkan diri dengan akhlak dan agama serta memilih jodoh yang tepat sebelum berkahwin.

Jika kita lihat di laman media sosial ramai anak-anak muda yang berkongsi foto-foto terkini yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.

Tidak kurang juga yang berkongsi menjadi mangsa sikap panas baran suami atau masalah keluarga, namun bagi yang belum mempunyai pasangan, janganlah terburu-buru mencari pasangan dek kerana melihat kawan-kawan lain sudah berpasangan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Sue Megat Deraman yang juga seorang bekas Pembaca Berita dan wartawan TV3 kini bergelar seorang usahawan, beliau menitip pesanan, biar lambat kahwin asal tidak tersilap pilih, kelak hidup anda yang akan merana.

 

Menurutnya, ketika awal perkenalan mengenali lelaki yang tampak luarannya baik namun jangan mudah dan cepat terpedaya. Ketahui dan kenali latar belakang keluarganya terlebih dahulu.

“Jangan murahkan diri, terhegeh-hegeh, SERAH DIRI. Kerana yang kaki sembang ramai, tapi tak ramai yang benar-benar ikut sunnah nabi,” ujar beliau.

Jangan pula nanti akan mendapat pasangan seperti ‘Ustaz Hamadi’ pula ya!

Benar, tiada manusia yang sempurna, namun ianya boleh diubah dengan menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa.

Oleh itu ukurlah seseorang berlandaskan akhlak dan ketaatan kepada agama yang nanti akan menjadi imam yang baik kepada kita dan anak-anak.

Solat tiang agama. Ingat ya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply