‘Usah gusar, ia sesej sahih KKM’ – Noor Hisham

0

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, panggilan atau maklumat disampaikan itu adalah sahih untuk mengingatkan individu berkenaan supaya mengisi Penilaian Kendiri (HAT) dalam MySejahtera bagi pemantauan CAC Maya.

“Mesej ini adalah sahih. KKM sedang menghubungi kes COVID-19 melalui panggilan telefon 03-2703 3000 dan melalui SMS untuk mengingatkan mereka supaya mengisi Penilaian Kendiri (HAT) dalam MySejahtera bagi pemantauan CAC Maya,” kongsi beliau.

Berdasarkan tangkap layar SMS yang dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook, ia tertera mesej yang mengkehendaki individu terbabit yang COVID-19 supaya menjawab status kesihatan dengan segera melalui HAT di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, individu terbabit juga dikehendaki mengisytihar kontak rapat selepas disahkan positif COVID-19.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply