Urusan pendaftaran perkahwinan bukan Islam yang tertangguh perlu diselesaikan sebelum 31 Julai

0

Semua pendaftaran perkahwinan bagi bukan Islam yang terjejas perlu diselesaikan sebelum tarikh 31 Julai 2020.

Ia bertujuan agar pendaftaran perkahwinan ini dapat dilakukan tanpa perlu permohonan baru dan juga mengelak dari perlu membayar fi sekali lagi.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) bagi urusan Pendaftaran Perkahwinan dan Penceraian bagi penganut bukan Islam.

JPN turut mengumumkan kebenaran pendaftaran perkahwinan dilangsungkan melibatkan 171 rumah Ibadat (Kuil, Gereja atau Persatuan Agama) yang telah diluluskan Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tempoh PKP.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply