Urusan MM2H di Ibu Pejabat Imigresen guna sistem pembayaran E-Payment

0

Semua urusan Imigresen Malaysia My Second Home (MM2H) akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya mulai Isnin depan (6 Julai).

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam siaran media juga memaklumkan urusan permohonan kebenaran masuk ke negara masih boleh dibuat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Semua urusan MM2H di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hanya akan menggunakan sistem pembayaran E-Payment Kad Kredit dan Debit.

“JIM turut meminta kepada semua pihak untuk menggunakan aplikasi janji temu online (STO) melalui pautan http://sto.imi.gov.my sebelum hadir ke JIM,” kata Ketua Pengarah JIM, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud.

KENYATAAN MEDIAJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA09 ZULKAEDAH 1441HIJRAH / 01 JULAI 2020MALAYSIA RUMAH KEDUAKU…

Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Wednesday, 1 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply