UMNO tarik diri sertai Perikatan Nasional – Presiden UMNO

0

Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) malah sebaliknya UMNO, PAS dan Barisan Nasional (BN) bersama-sama akan memperkasa Muafakat Nasional (MN).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut menyatakan hasrat yang sama untuk menyertai MN ketika pertemuan bersama Ahli-ahli Parlimen BN semalam.

Sehubungan itu beliau berkata UMNO bersama-sama PAS akan berbincang mengenai perkara ini untuk mempertimbangkan hasrat PPBM terbabit.

“Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam siaran media hari ini.

KENYATAAN MEDIAAhmad Zahid HamidiPresiden UMNO 30 hb Julai, 20201. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai…

Dikirim oleh Zahid Hamidi pada Rabu, 29 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply