UMNO sahkan tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU ke-15

0

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Melayu (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 namun akan meneruskan kebersamaan dengan kerajaan  Perikatan Nasional (PN) sehingga pembubaran parlimen.

Keputusan ini diambil sebagai respon ketika pertemuan bersama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan parti berkenaan sebelum rundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media berkata sejak awal UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

“Keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam Kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Untuk rekod perjumpaan khas antara UMNO, PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply