UMNO dan Perikatan Nasional akan terus sokong kepimpinan PM – Tan Sri Annuar Musa

0

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tampil menyatakan pendapat dan komen berkenaan kemelut politik terbaharu negara.

“Apa pun rakaman atau versi pemberitaan apa yg berlaku dlm PPBM dan PH Feb lalu atau sebelumnya TIDAK MENJADI MASAALAH KPD UMNO BN DAN MN.Itu hal ehwal dalaman parti tersebut,” kongsi beliau.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata UMNO bersama gabungan Perikatan Nasional akan terus menyokong pucuk pimpinan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tumpuan kini adalah membela nasib rakyat.

Beliau turut menegaskan agar pihak yang berkaitan agar tidak memanjangkan serta menghentikan segala permainan politik yang sering dibangkitkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply