UM lonjak kedudukan ke-59 dalam senarai universiti terbaik dunia

0

Quacquarelli Symonds (QS) World Rankings 2021 telah mengeluarkan senarai lima buah Universiti Penyelidikan Malaysia yang berada di dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia dan “Top 1% in the world”.

Paling membanggakan apabila Universiti Malaya (UM) berjaya menduduki tangga ke-59 berbanding tempat ke-70 pada tahun lepas dan sekali lagi telah berjaya disenaraikan dalam kedudukan 100 universiti terbaik sejak 2018.

Antara universiti yang tersenarai termasuklah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, lima universiti awam lain yang berada di dalam senarai kedudukan 550 terbaik dunia adalah UPM pada kedudukan ke-132 (2020: 159), UKM di tangga 141 (2020: 160), USM pada kedudukan ke-142 (2020: 165), UTM di tangga ke-187 (2020: 217) dan UUM pada tempat ke-531-540 (2020: 591-600).

Manakala tiga universiti swasta yang disenaraikan adalah Taylor’s Universiti mendahului pada kedudukan ke-379 (2020: 511-520), UCSI Universiti di kedudukan 391 (2020: 442) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tangga 439 (2020: 482).

Pada penarafan kali ini, 12 buah universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas dan enam universiti masih terus kekal pada kedudukan, manakala dua buah universiti lagi menurun dari kedudukan tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, 11 Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan (awam dan swasta) juga berjaya disenaraikan di dalam ‘top 1000 QS World Universiti Rankings 2021’.

Antaranya ialah Management and Science University (MSU), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sunway University, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

[KENYATAAN MEDIA]Universiti Penyelidikan di Malaysia kini dalamkelompok 200 terbaik di dunia#QSWorldUniversityRankings#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Kementerian Pengajian Tinggi on Tuesday, 9 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply