Ugutan DAP kepada PM dalam isu UEC : cerminan budaya samseng DAP

0

Oleh : Dr Kamarul Yusoff 

Pengiktirafan ke atas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah satu perkara yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Pasukan Petugas Dasar UEC pada 29 Oktober 2018 bagi mendapat maklum-balas ke atasnya.

Di sebalik jangkaan awal, laporan Pasukan Petugas Dasar UEC belum dibentang kepada Kementerian Pendidikan, apa lagi dibawa ke Kabinet.

Tiba-tiba sahaja hari ini Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, mengumumkan DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf.

Pengumuman ini pula bukanlah satu kenyataan peribadi Nga Kor Ming kerana ayat yang digunakan oleh beliau dalam Oriental Daily adalah:
“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf. Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang.”

Pengumuman ini mencerminkan budaya samseng DAP yang mengugut untuk mendapatkan sesuatu tanpa menunggu dan mengambil kira suara majoriti.

Jika UEC akhirnya diiktiraf oleh kerajaan maka tidak dapat tidak persepsi yang akan timbul adalah ia dibuat kerana kerajaan takut terhadap ugutan DAP.

Dan setelah Dr Maszlee Malek meletakkan jawatan, yang menjadi Pemangku Menteri Pendidikan ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka pemimpin yang diugut oleh Nga Kor Ming dan DAP bukanlah sebarang orang, tetapi Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri.

Soalnya sekarang ialah apakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan tunduk kepada ugutan Nga Kor Ming dan DAP atau biarkan DAP keluar dari PH?

–THE MALAYA POST

*Dr. Kamarul Yusoff adalah Pensyarah Senior di Universiti Utara Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply