Uber Eats jual kepentingan syarikat kepada Zomato dengan nilai RM700 juta

0

Syarikat Uber dilaporkan akan menjual perniagaan penghantaran makanan ‘Uber Eats’ kepada Zomato.

Dalam satu kenyataan, pihak Uber Technologies Inc berkata akan menutup operasinya bagi mengurangkan kadar kerugian.

Uber bersetuju untuk menjual perniagaan itu dalam urus niaga bernilai RM700 juta kepada syarikat dari India terbabit, serta memindahkan semua restoran, syarikat penghantaran dan pelanggan kepada Zomato.

Zomato yang juga merupakan beroperasi sebagai sebuah syarikat dalam sektor penghantaran makanan mula diasaskan pada tahun 2008.

Sehingga kini, perkhidmatan yang berpusat di India itu boleh didapati di 24 negara dan di lebih daripada 10,000 bandar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply