UAE dijangka terkulai menentang Malaysia – Datuk Dahlan Maamor

0

Bekas Pengulas dan Editor Meja Sukan TV3 Datuk Dahlan Maamor menjangkakan pasukan Harimau Malaya bakal menang tipis atau berkongsi mata ke atas UEA dalam perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini.

Kata beliau, walaupun perlawanan persahabatan pada Ogos 2018 di Shah Alam yang membabitkan Harimau Malaya dan UAE dicemari insiden pergaduhan namun Malaysia berjaya membenam UAE 2-0.

“UAE mempunyai ranking FIFA yang lebih baik daripada Malaysia. Namun perlawanan persahabatan pada 2018 yang dicemari pergaduhan dengan kemenangan 2-0 membuktikan Harimau Malaya boleh.
Saya pilih Malaysia menang tipis ke atas UAE dan paling tidak kita akan berkongsi mata” tulis beliau di facebooknya.

Untuk rekod Datuk Dahlan Maamor kini adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan

Leave a Reply