Tunku Azizah luah syukur dan bangga anakanda turun padang bantu mangsa banjir

0

Keadaan banjir di Pahang kini memasuki minggu kedua dan dilaporkan antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun.

Dalam meringankan beban mereka yang terlibat dengan bencana ini, pelbagai pihak berganding bahu mencurah tenaga dan menyumbang keperluan bagi membantu mangsa banjir di beberapa daerah negeri terbabit termasuk keluarga DiRaja Pahang yang terkenal dengan sikap tawadhu dan sentiasa dekat di hati rakyat.

Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Pepatah Melayu ini amat sinonim dengan budi pekerti mulia Yang di-Pertuan Agung dan baginda permaisuri menjadi teladan dan diwarisi oleh semua anakanda baginda.

Menjadi rutin wajib keluarga DiRaja ini turun padang menjengah rakyat menghulurkan bantuan tanda kasih kepada rakyat.

Begitu juga dengan Tengku Amir Nasser Ibrahim dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menyertai misi bantuan.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadi Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda menzahirkan kesyukuran dan berbangga dengan rasa tanggungjawab yang terbit dalam sanubari anakandanya itu.

Nampaknya seluruh ahli keluarga termasuklah Yang di-Pertuan Agong bersama baginda permaisuri sama-sama turun padang berbakti kepada yang memerlukan.

Pasti mangsa yang menerima kehadiran dan bantuan keluarga DiRaja ini terharu dan bersyukur dengan keprihatinan pemimpin mereka.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply