Tun Mahathir tubuh parti baharu

0

Nama parti masih belum diputuskan untuk pertubuhan parti baharu, umum Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau bersama enam lagi bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baharu yang akan mendokong dasar-dasar perjuangan politik orang Melayu.

Jelas beliau, parti politik Melayu yang telah sedia ada sekarang ini dilihat sudah lari daripada asal asas perjuangan mereka.

|LANGSUNG| Sidang Media YABhg. Tun Dr Mahathir bin MohamadKuala Lumpur,7 Ogos 2020

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Jumat, 07 Agustus 2020

“Perjuangan kami berasas semangat, bukan duit. Asas perjuangan kami masih dengan menghapus rasuah dan kleptokrasi.

“Parti ini akan berasaskan perjuangan kepada orang Melayu dan pribumi, ini kerana parti-parti yang sekarang wujud hari ini telah mengadai maruah, bangsa, agama dan hala tuju kepada golongan yang gila kuasa.

“Parti kami adalah bersifat anti kleptokrasi dan moderate serta akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang melayu tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip,” kata beliau.

Selaras pertubuhan parti baharu ini beliau juga berjanji akan menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, berbohong dan tamak akibat perbuatan parti Melayu yang lain.

Berbicara lanjut beliau turut akan memastikan rakyat Malaysia daripada kaum-kaum lain juga alan mendapat pembelaan serta layanan yang sewajarnya.

Perjuangan kami berasas semangat, bukan duit. Asas perjuangan kami masih dengan menghapus rasuah dan kleptokrasi.

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Jumat, 07 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply