“Tun M jangan tunduk pada tekanan, peliwat tidak boleh jadi “Khalifah” – Khairuddin Abu Hassan

0

KUALA LUMPUR 14 Jan : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menegaskan bahawa seorang peliwat tidak wajar di angkat sebagai Khalifah untuk memimpin negara.

Katanya, ia bukan soal politik namun pegangan ajaran Islam yang berteraskan kepada Al Quran dan As-sunnah yang tidak boleh dipersendakan.

Beliau juga menyelar dan mendakwa kumpulan yang sentiasa mendesak Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai pengamal “Gangsterisma” dan “penyangak”.

“Siapa mereka hendak tunjuk samseng? Mana boleh kita sokong peliwat untuk jadi khalifah bagi memimpin ummah di tanahair kita”

“Ini bukan soal politik tetapi ini pegangan ajaran Agama Islam yang berteraskan Al- Quran dan As-sunnah. Tolong jangan sesiapapun mempersendakan ajaran Agama Islam”

“Apapun saya ingin menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan tunduk pada tekanan dari kalangan penyokong penyangak Anwar Ibrahim serta segelintir ahli parti PKR”, katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook peribadinya awal pagi ini.

Tambah beliau, undian di Majlis Presiden adalah tidak relevan.

Ini kerana hanya undi dan sokongan majoriti Ahli Parlimen di Parlimen yang dapat menentukan kedudukan seseorang Perdana Menteri.

“Bukan Majlis Presiden PH yang boleh tentukan samada Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh jadi perdana menteri. Tetapi kuasa sebenar untuk menentukan kedudukan seseorang Perdana Menteri adalah bidang kuasa sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat melalui proses parlimen”, katanya.

Beliau juga turut mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan senarai usul undi tidak percaya pada sidang Parlimen bulan Mac akan datang.

“Andaikata penyangak Anwar Ibrahim merasakan beliau mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat maka saya cabar beliau untuk siapkan senarai penuh bagi dipersembahkan KBDYMM Yang Dipertuan Agong bagi mendapat perkenan menjawat jawatan PM8”

“Sesungguhnya, saya amat yakin Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli yang berhormat di dewan rakyat untuk terus memimpin negara malaysia secara lebih gemilang sepenuh penggal”, katanya.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang medianya berkata, beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta jika Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mahu beliau berbuat demikian.

Beliau juga menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Leave a Reply