Tun M fail notis penolakan keras pemberhentian keahlian kepada R.O.S

0

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menyerahkan notis penolakan keras akan “pemberhentian” keahlian beliau sebagai Ahli Parti BERSATU melalui surat Parti bertarikh 28.05.2020.

Notis itu diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ROS melalui peguam beliau tetuan Haniff Khatri.

Susulan itu juga, Tun Dr Mahathir memohon untuk rujuk pertikaian di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 kepada R.O.S sebagai ahli dan Pengerusi BERSATU.

Menurut peguam kanan Tuan Haniff Khatri, merujuk surat yang dikeluarkan atas kepala surat BERSATU dan ditandatangani Setiausaha Kerja BERSATU telah disebarkan kepada media massa tanpa terlebih dahulu menyerahkan kepada anakguamnya.

Susulan itu, anakguamnya telah mengemukakan penolakan keras terhadap kandungan dan pemakaian surat BERSATU bertarikh 28 Mei 2020 memberhentikan keahlian anakguamnya

Satu notis penolakan keras pemberhentian keahlian Tun Dr Mahathir turut telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Parti BERSATU bertarikh semalam.

Merujuk notis itu, Setiausaha Kerja BERSATU didakwa telah menandatangani surat pemberhentian keahlian Tun Dr Mahathir sedangkan SUK tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang dan
Perlembagaan BERSATU untuk menandatangani dan mengeluarkan surat bertarikh 28.5.2020 tu, mahupun untuk mentafsirkan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan Fasal 10.2.2 dan/atau 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.

Menurut peguam Tun Dr Mahathir lagi, pihak BERSATU juga tidak langsung menyatakan atau berani menyatakan sumber kuasa SUK untuk menandatangani dan mengeluarkan surat bertarikh 28.5.2020 itu.

Tambah Tuan Haniff, tegasan Keras Tun Dr Mahathir bahawa keahlian beliau serta kedudukan beliau sebagai Pengerusi Parti BERSATU adalah masih kekal dan sah. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply