[Video] Tun M dakwa Anwar gila-gila nak jadi PM? Setelah seminggu, ini jawapan balas Anwar pada Tun M

0

Selepas beberapa kali Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana tergila-gila mahu jadi Perdana Menteri.

Hari ini Dato’ Seri Anwar mengeluarkan kenyataan balas terhadap Tun Dr. Mahathir.

Soalnya, “nak kutuk saya lagi buat apa?”.

Kata Dato’ Seri Anwar, janji untuk mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri telah ditandatangani pada 2018.

Tun Dr. Mahathir bagaimanapun dakwa Dato’ Seri Anwar, tidak menunaikan janji terbabit sebaliknya meletak jawatan 21 Febuari lalu.

Susulan itu, ada cadangan daripada pemimpin PH mencadangkan beliau diangkat sebagai timbalan perdana menteri kepada Tun Dr. Mahathir namun ditolak.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Nuril Anwar yang diadakan di kediamannya malam tadi.

Terdahulu di Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad  mendedahkan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk menjadi timbalan perdana menteri jika Tun Dr. Mahathir berjaya membentuk kerajaan baru.

The Sun melaporkan Tun Dr. Mahathir berkata perkara ini diutarakan semasa mesyuarat PH yang bersedia sekali lagi untuk menyokong pengerusi Bersatu.

Ia dalam usaha menggagalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu sedang membentuk gabungan parti pemerintah yang baru.

Dato’ Seri Anwar bertemu dengan Tun Dr. Mahathir antara malam 28 Feb dan pagi 29 Feb lalu diikuti oleh delegasi berasingan pemimpin PH yang berjumpa Mahathir pagi itu untuk menyatakan sokongan mereka kepadanya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir berkata beliau menolak cadangan Dato’ Seri Anwar dan mahu isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi timbalan perdana menteri.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply