Tun M bimbang Najib manipulasi sistem kehakiman

0

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad khuatir gabungan kerajaan baharu yang membentuk kerajaan mempengaruhi kes mahkamah yang sedang dihadapi bekas Perdana Menteri 6, Dato’ Seri Mohd Najib Razak, ketika ini.

Tambah Tun Dr. Mahathir, ia boleh dilihat ketika pentadbiran Dato’ Seri Najib sebelum ini dimana beliau menggunakan kuasanya untuk memanipulasi sistem kehakiman.

“Ketika ini mereka tidak lagi nampak salah Ahli Parlimen Pekan berkenaan. Mereka bersedia untuk mencium tangan Najib dan mereka mengakui bahawa dia lah ‘My Boss’.

“Apabila Muhyiddin pujuk saya bahawa Bersatu mesti keluar dari PH, saya kata saya dapat sokongan penuh dari PH dan saya juga dapat sokongan penuh dari Pas, kenapa saya perlu tolak PH yang beri keyakinan dan terima Najib? Saya sanggup terima ahli UMNO tetapi tidak parti,” katanya pada sidang media, di Yayasan Al-Bukhary, hari ini.

Tambah beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin masuk dalam kerajaan campuran sebagai UMNO.

Namun beliau tidak menerima kerjasama berkenaan.

“Ada ahli UMNO yang tidak bersalah dan ada yang sedang hadapi perbicaraan di mahkamah, sebab itu saya minta diberikan masa,” katanya.

–THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply