Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Interim

0

Yang di-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media berkata baginda perkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara akan menguruskan pentadbiran negara sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat perletakan jawatan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tepat jam 1.00 tengah hari, hari ini (24 Februari 2020).

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply